Sunday, 22 April 2012

Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad saw :)

Salam Ukhuwah...

Meniti kehidupan di dunia ibarat persinggahan sementara mencari bekalan untuk suatu perjalanan yang jauh. Ibarat kita adalah penumpang sebuah kapal yang telah di arahkan oleh nakhoda untuk mencari bekalan di sebuah pulau bagi suatu perjalanan yang jauh.

       Saat turun dari kapal dengan keinginan yang memboncah untuk mencari bekalan yang bakal digunakan semasa perjalanan nanti, adakah kita memastikan masa yang diperuntukan dan bekal yang dikendung adalah sesuatu yang bermanfaat ataupun tidak? Pastinya jawapan terhadap persoalan ini adalah mudah iaitu memanfaatkan masa yang diberikan dengan sebaik yang mungkin dengan memungut hasil yang berkualiti tinggi dan tahan digunakan untuk bekalan bagi suatu perjalanan yang jauh.

      Anas bin Malik melakarkan sabda Rasulullah saw yang sungguh istimewa terhadap satu daripada bekalan yang wajib kita kutip sebagai suatu cicipan kita semasa perjalanan nanti sebagaimana sabda Baginda saw:
 "Sesiapa yang berselawat padaku sekali, Allah swt memerintahkan mendung putih mengambil air dari lautan rahmat. Lalu, Allah swt memerintahkannya agar ianya menitik. Tatkala menitik, setiap titikan di atas bumi menjadi emas, di atas gunung menjadi perak dan yang menitisi orang kafir dijadikan iman".(Imam Ghazali, Mukasyafah al-Qulub: 58)

     Justeru, perbanyakkan selawat ke atas junjungan Penghulu sekalian alam ini, agar kita beroleh ketenangan dalam meniti kehidupan dalam redha Ilahi.